.
Semalam ada seseorang call saya, kata dia, kata dia simkad dia hilang, bila dah jumpa balik simkad tersebut dah tak boleh pakai, dah expired. Jadi dia tanya, boleh lagi ke dia dapat komisyen dalam toneexcel, sebelum ini dia dah dapat komisyen setiap bulan, tapi tak banyak, dalam RM500+ sahaja. Saya terkejut, saya tanya dia RM500+ tu tak banyak ke tuan? Bagi saya itu sangat banyak.
.
Lagi satu, setahu saya, simkad ToneExcel akan expired jika kita tak topup lebih 45 hari. Jadi tuan dah berapa lama tak topup? Dia kata, rasanya memang dah lebih 45 hari. Saya tanya lagi, selama 45 hari tersebut, tuan tak pakai phone ke? Dia jawab, sebenarnya saya ada dua line, satu toneexcel satu lagi Maxis.
.
Beginilah, saya cerita sedikit, katalah tuan seorang peniaga kedai makan, tetapi isteri dan anak2 tuan, bila nak makan, mereka beli dikedai sebelah, dan lebih memelikkan lagi, tuan peniaga kedai makan, bila nak makan, tuan sendiri makan di kedai makan sebelah, kedai pesaing dan jual makanan yang sama pulak tu. Kalau tuan meniaga makanan, tapi beli baju dikedai sebelah, logik jugak, ini tuan meniaga makan, tapi tuan sendiri makan dekat kedai pesaing. Tuan SEDAR TAK ! Tuan sekarang sedang mensabotaj, mensihirkan dan menghina sehina-hinanya perniagaan tuan sendiri. JANGAN HARAP perniagaan tuan akan maju."Bukan ke dulu saya pernah nasihat, kalau ingin berjaya dalam ToneExcel ini, TUAN MESTI PAKAI LINE TONE EXCEL SAHAJA." "Betul En Mazelan, tapi line Maxis ini murah dan saya pula nak kekal no lama hari tu tapi tak berjaya. Sebab tu saya masih pakai Maxis". " Wah, keras betul perumpaan en Mazelan ni, jadi saya tak boleh dapat balik ID lama saya ke En Mazelan? Habis, downline saya semua tu macamana?"
.
Jawapannya, kalau sampai simkad expired, semuanya habis, ID habis, network pun habis, komisyen pun habis. Kalau nak bermula semula, kena beli simkad ToneExcel baru, kena start baru semula. Jadi nasihat saya supaya TUAN MESTI PAKAI LINE TONE EXCEL SAHAJA, adalah untuk mengelakkan perkara ini berlaku pada diri tuan, bukan untuk diri saya, tapi tuan dah langgar nasihat ini awal2 lagi, jadi tak ada apa yang saya boleh tolong. Kalau Tuan pakai satu line sahaja, bila hilang tentu tuan mengelupor nak dapat simkad ganti, tuan mana boleh hidup tanpa handphone, sebab itu tuan ada dua simkad. Kalau satu simkad, mana mungkin orang seperti tuan lupa nak topup. Keduanya, kalau nak join semula Tone Excel ini, tapi tuan masih merancang nak pakai lain selain ToneExcel, saya nasihatkan JANGAN JOIN, banyak tu RM90, buang duit tuan sahaja, elok JANGAN, sebab saya belum pernah jumpa walau seorang pun dalam sejarah manusia di dunia ini, seorang itu berjaya dalam perniagaannya, dimana dia dan keluarganya bersatu hati mensabotaj, mensihirkan dan menghina sehina-hinanya perniagaan mereka sendiri. Belum pernah jumpa. " Dulu saya cuba nak port in no Maxis saya, tapi tak berjaya, itu yang payahnya, saya dah pakai simkad ini lebih 10 tahun"
.
Kalau mereka tak mahu lepaskan tuan, tuan sendiri lepaskan mereka. Lepaskan ikat yang melilit badan tuan selama 10 tahun itu. Berhenti menjadi hamba kepada mereka dan selama 10 tahun tuan membayar ufti kepada mereka. Sekarang adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk tuan bebas ikatan tersebut. Tuan sudah ada bisnes SENDIRI.Bagi saya tak payah tuan, masa mula2 saya join ToneExcel, saya campak terus simkad Maxis yang saya telah pakai lebih 12 tahun kedalam tong sampah, bukan saya menghina Maxis, saya berterima kasih kepada Maxis, tetapi sekarang saya dah ada perniagaan saya sendiri, sangat tak patut kalau saya sendiri guna simkad lain dan malahan simkad pesaing perniagaan saya sendiri pulak tu. Selepas 4 tahun setia dan mempromosikan simkad bisnes saya sendiri, sekarang saya sudah dan senang menikmati hasil dari keputusan saya semalam. Saya nak tanya, 10 tahun tuan pakai simkad tersebut kerana sayang dan jimat, apa hasilnya? Tuan semakin kaya atau mereka semakin kaya. Saya tolong jawabkan, mereka semakin kaya dan tuan semakin "tidak kaya". Memang patut mereka sukar nak lepas kan tuan, sebab tuan cuba untuk memiskinkan mereka. Jadi kenapa mahu setia kepada mereka. Ada yang kata, saya susah sikit en Mazelan, simkad saya ini kompani yang bayarkan, setiap bulan mereka bayarkan dekat RM200. Sebab itu saya pakai 2 line.
.
Nak berjimat JANGAN TANYA SAYA, saya bukan pakarnya, nak buat duit sampingan hingga beratus ribu setiap bulan, saya dah jumpa jalannya, bolehlah bertanya saya, tapi bila saya beritahu jalannya, tuan ikut sahaja, kita akan berjumpa di Kampung Kejayaan tesebut, tapi kalau tuan langgar, tuan akan sampai ketempat lain. Itu sahaja.Saya kata pada dia, tuan, kalau tuan nak berjimat, teruskan menggunakan simkad tesebut, jimat RM200 tiap2 bulan, dan jangan datang jumpa saya, kerana saya bukan pakar berjimat, tapi kalau tuan nak merasa macam saya tiap2 bulan dapat puluh2 ribu, saya tahu caranya. Caranya PAKAI SATU LINE SAHAJA. Sebab saya tak jumpa orang yang pakai 2 line selain toneexcel boleh buat duit sebanyak itu. Tiada sebab tuan terkecuali dari data dan sejarah ini.
